Tuesday, January 26, 2010

BINATANG UNTUK KAJIAN


Mencari sesuatu informasi tentang ular adalah mustahak. Ini dapat memberi pengajaran dan pembelajaran tentang tabiat binatang tersebut. Sesuatu rekod untuk binatang adalah yang terbaik. Ini dapat menentukan binatang itu didalam keadaan baik dan juga memberi pengajaran kepada pekerja berkenaan.

Kawasan juga memainkan peranan yang penting. Perlu ada tempat berteduh untuk pengunjung, tempat makan yang selesa, bersih dan juga tanaman bunga yang teratur. Disamping itu perlu ada air terjun tiruan, dimana pengunjung dapat menikmati keindahan di samping berehat.

Adalah sangat mutahak untuk memastikan kesihatan ular berada didalam keadaan yang baik bagi membantu ular tersebut menyalin kulit(kelongsong) lama. Ia hanya akan menyalin kelonsong dengan sempurna jika ada bahan yang kasar. Proses penyalin kelonsong akan bermula daripada bibir ular tersebut sehingga bahagian ekornya. Ini akan mengambil beberapa minit dan juga beberpa jam. Ini terpulang kepada saiz ular tersebut.

Kebanyakkan spesis ular memerlukan dahan untuk memanjat.Meletakkan pokok yang sesuai didalam kandang adalah amat diperlukan. Ular yang kebiasannya berada diatas tanah memerlukan pasir yang bagus(tidak kasar). Manakala ular yang sukar memasuki tanah memerlukan tanag yang lembut atau pasir yang lembut. Tanah gambut adlah yang paling sesuai.


Kebersihan adalah sangat mustahak dalam penjagan haiwan terutana sekali spesis seperti ular. Air minuman perlu ditukar setiap hari dan najis pula perlu dibersihkan dan dibuang. Najis, kelonsong ular, lebihan makanan perlu dibang kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada ular. Dahan, batu, dan pasir perlu ditukar 3 bulan sekali untuk menjamin kesihatan ular tersebut supaya ia berada didalam keadaan yang baik.


Kebanyakkan ular yang baru sampai akan disimpan (kuarintin) dan diberi makanan yang segar. Penting untuk mengetahui bahawa setiap haiwan mempunyai citarasa yang berbeza walaupun ular tersebut dari spesis yang sama. Spesis ular juga tidak terkecuali dalam hal ini. Ada ketikanya ular tidak akan makan selama beberapa bulandisebabkan perkara-perkara tertentu.


Antaranya ialah ular tersebut berpenyakit disebabkan cuaca atau kerana ia bertelur.Perkara ini perlu diambil serius sebab itu penjaga ular perlu tahu dari mana datangnya ular tersebut. Seseorang yang meminati ular untuk dijadikan haiwan peliharaan perlu mempelajari cara penjagaan, kebersihan kandang, makanan, keadaan cuaca yang sesuai dan penyakit yang biasa menyerang haiwan tersebut.

Ular hanya akanmakan bila masanya sesuai. 'Force feeding' ataupun menyuapsecara paksa hanya akan dilakukan jika ular tersebut berada didalam keadaan sakit ataupun lemah. "Force feeding' merupakan pilihan yang terakhir dan tidak digalakkan. Hanya mereka yang berpengalaman dibenarkan untuk melakukannya. Kerana cara yang salah dan tidak berhati-hati boleh menyebabkan kerosakkan mulut dan kerongkong haiwan itu. Ia perlu dilakukan dengan cara yang selamat, lembut dan tidak secara paksa.

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    bang..
    sy kire newcomer la ..
    sy nk amik rainbow boa..
    tp adakah ia tidak sesuai for novice like me?
    sbab org2 ckp ular ni sgt remeh..
    humidity n all..
    n pasal sangkar...
    ada tips tk bang?

    ReplyDelete