Tuesday, January 26, 2010

BINATANG UNTUK KAJIAN


Mencari sesuatu informasi tentang ular adalah mustahak. Ini dapat memberi pengajaran dan pembelajaran tentang tabiat binatang tersebut. Sesuatu rekod untuk binatang adalah yang terbaik. Ini dapat menentukan binatang itu didalam keadaan baik dan juga memberi pengajaran kepada pekerja berkenaan.

Kawasan juga memainkan peranan yang penting. Perlu ada tempat berteduh untuk pengunjung, tempat makan yang selesa, bersih dan juga tanaman bunga yang teratur. Disamping itu perlu ada air terjun tiruan, dimana pengunjung dapat menikmati keindahan di samping berehat.

Adalah sangat mutahak untuk memastikan kesihatan ular berada didalam keadaan yang baik bagi membantu ular tersebut menyalin kulit(kelongsong) lama. Ia hanya akan menyalin kelonsong dengan sempurna jika ada bahan yang kasar. Proses penyalin kelonsong akan bermula daripada bibir ular tersebut sehingga bahagian ekornya. Ini akan mengambil beberapa minit dan juga beberpa jam. Ini terpulang kepada saiz ular tersebut.

Kebanyakkan spesis ular memerlukan dahan untuk memanjat.Meletakkan pokok yang sesuai didalam kandang adalah amat diperlukan. Ular yang kebiasannya berada diatas tanah memerlukan pasir yang bagus(tidak kasar). Manakala ular yang sukar memasuki tanah memerlukan tanag yang lembut atau pasir yang lembut. Tanah gambut adlah yang paling sesuai.


Kebersihan adalah sangat mustahak dalam penjagan haiwan terutana sekali spesis seperti ular. Air minuman perlu ditukar setiap hari dan najis pula perlu dibersihkan dan dibuang. Najis, kelonsong ular, lebihan makanan perlu dibang kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada ular. Dahan, batu, dan pasir perlu ditukar 3 bulan sekali untuk menjamin kesihatan ular tersebut supaya ia berada didalam keadaan yang baik.


Kebanyakkan ular yang baru sampai akan disimpan (kuarintin) dan diberi makanan yang segar. Penting untuk mengetahui bahawa setiap haiwan mempunyai citarasa yang berbeza walaupun ular tersebut dari spesis yang sama. Spesis ular juga tidak terkecuali dalam hal ini. Ada ketikanya ular tidak akan makan selama beberapa bulandisebabkan perkara-perkara tertentu.


Antaranya ialah ular tersebut berpenyakit disebabkan cuaca atau kerana ia bertelur.Perkara ini perlu diambil serius sebab itu penjaga ular perlu tahu dari mana datangnya ular tersebut. Seseorang yang meminati ular untuk dijadikan haiwan peliharaan perlu mempelajari cara penjagaan, kebersihan kandang, makanan, keadaan cuaca yang sesuai dan penyakit yang biasa menyerang haiwan tersebut.

Ular hanya akanmakan bila masanya sesuai. 'Force feeding' ataupun menyuapsecara paksa hanya akan dilakukan jika ular tersebut berada didalam keadaan sakit ataupun lemah. "Force feeding' merupakan pilihan yang terakhir dan tidak digalakkan. Hanya mereka yang berpengalaman dibenarkan untuk melakukannya. Kerana cara yang salah dan tidak berhati-hati boleh menyebabkan kerosakkan mulut dan kerongkong haiwan itu. Ia perlu dilakukan dengan cara yang selamat, lembut dan tidak secara paksa.
BINATANG UNTUK KAJIAN

Monday, January 25, 2010



Binatang didalam kurungan


Untuk penjagaan, kita perlu ada berbagai-bagai cara untuk menghasilkan sesuatu yang orang ramai akan suka atau gembira untuk melihatnya. Ini adalah untuk memberi keselesaan kepada binatang dan juga pada pelancong(pelawat). Selamatnya taman ular, maka selamatlah para pengunjung. Ini sebabnya saya cuba untuk memberi kepuasan pada ular di dalam jaggan saya.



Rumah Reptlia atau zoo boleh dijadikan sesuatu tempat untuk pembelajaran dan juga tujuan mengenal pasti tabiat dan habitat ular. Tujuan utama ialah mengawal populasi ular dan juga binatang yang hampir pupus dan yang telah pupus. Ini adalah untuk masa depan generasi akan datang supaya kita dapat mengenali ular serta memberi pengajaran kepadavorang ramai tentang ular yang berbisa maupun yang tidak berbisa.
Binatang disimpan atau dijaga untuk tujuan membiak dan penjagaan. Salah satu tujuan utama untuk menjaga binatang ialah mengekalkan spesis dimana tabiat dan habitat yang telah dimusnahkan dan menjaga haiwan yang hampir pupus. Dengan cara pembiakkan, kita dapat mengawal bilangan dan penjagaan haiwanliar di dalam kurungan. Jikakita dapat membiakkan dengan jayanya, maka kami dapat juga bertukar pendapat dan pengalaman daripada tempat lain.
Untuk penjagaan binatang, kita mempunyai banyak cara yang sesuai dengan binatang. Dimana jikalau binatang itu selesadengan kandang yang sesuai, maka pengunjung juga akan menghargainya. Dengan itu, pameran binatang adalah penting. Memang sukar untuk menunjukkan cara bagaimana ular hidup didalam idupan liar untuk dipamerkan. Jadi, kita hanya dapat membuat kandang yang sesuai dengan keadaan yang sebenarnya.



Ular bergerak pantas, iamenghayunkan badannya kekiri dan kanan mengikut alunan,sambil menekankan sisik di bahagian bawah badannya pada objek-objek atau permukaan yang kasar.Banyak Reptilia hidup diatas pokok. Ada di antaranya boleh meluncur seperti ular syurga(Chrysopelea paradisii)paradise tree snake.

Kita telah sekian lama tahu bahawa manusia tidak menggemari ular. Ini kerana mereka fikir semua ular adalah berbisa dan tidak boleh dipegang. Ada sesetengah orang geli apabila melihat apatah lagi memegang ular. Sebabnya kita diajar semasa kecil untuk membunuh atau menjauhi ular.
Apa yang boleh saya lakukan ialah memberi pengajaran tentang keistimewaan dan bahayanya ular kepada manusia.. Ini termasuklah memberi penjelasan mengenai habitat dan tabiat ular. Itulah sebabnya saya akan cuba mendidik dan memberi pendedahan kepada pembaca log supaya tidak takut kepada haiwan tersebut. Ada caranya dan kita boleh mempelajarinya.
Binatang bergerak untuk mencari makanan, pasangan dan untuk melepaskan diri daripada bahaya. Gaya pergerakkan seekor binatang tertakluk kepada bentuk badan yang berlainan sekali dan cara hidupnya. Ular mempunyai bentuk badan yang berlainan sekali. Ia tidak mempunyai kaki, bahu maupun pinggul. Vertebratanya adalah sama sepanjang badannya tanpa sebarang pengkhususan di antara bahagian-bahagian leher, dada, perut dan ekor. Sendi-sendinya yang membolehkan tulang belakang ular senang dilengkung.

Sunday, January 24, 2010

ULAR

Salam sejahtera.


Pertama sekali, biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya ROZWAN. Saya telah lama berkecimpung didalam bidang reptilia selama 24 tahun. Memang saya meminati semua reptilia, terutama sekali ular dan buaya.


Saya mula berkecimpung didalam era haiwan ini apabila saya mula berkhidmat di ZOO NEGARA MALAYSIA, pada tahun 1986. Bekerja sebagai KEEPER ataupun gembala. Selepas 5 tahun bekerja saya telah dinaikkan sebagai SENIOR KEEPER dan sepuluh tahun kemudian dilantik menjadi SUPERVISOR.

Di ZOO saya telah belajar daripada Supervisor yang berpengalaman, Keeper berpengalaman dan juga Veterinar yang bagus. Dari situ yang membuat saya berminat dan ingin belajar perihal haiwan yang telah mula terancam . Saya juga dipanggil oleh individu tertentu bertanyakan hal haiwan. Dan memberi penjelasan kepada pihak Bomba, Mas Cargo, MAZPA(Malaysian of Association Zoological , Parks and Aquqrium) committee, Zoo Taiping, Zoo Melaka, dan berinteraksi haiwan dengan Dr Brady Barr