Monday, January 25, 2010


Kita telah sekian lama tahu bahawa manusia tidak menggemari ular. Ini kerana mereka fikir semua ular adalah berbisa dan tidak boleh dipegang. Ada sesetengah orang geli apabila melihat apatah lagi memegang ular. Sebabnya kita diajar semasa kecil untuk membunuh atau menjauhi ular.
Apa yang boleh saya lakukan ialah memberi pengajaran tentang keistimewaan dan bahayanya ular kepada manusia.. Ini termasuklah memberi penjelasan mengenai habitat dan tabiat ular. Itulah sebabnya saya akan cuba mendidik dan memberi pendedahan kepada pembaca log supaya tidak takut kepada haiwan tersebut. Ada caranya dan kita boleh mempelajarinya.
Binatang bergerak untuk mencari makanan, pasangan dan untuk melepaskan diri daripada bahaya. Gaya pergerakkan seekor binatang tertakluk kepada bentuk badan yang berlainan sekali dan cara hidupnya. Ular mempunyai bentuk badan yang berlainan sekali. Ia tidak mempunyai kaki, bahu maupun pinggul. Vertebratanya adalah sama sepanjang badannya tanpa sebarang pengkhususan di antara bahagian-bahagian leher, dada, perut dan ekor. Sendi-sendinya yang membolehkan tulang belakang ular senang dilengkung.

No comments:

Post a Comment