Sunday, January 24, 2010

ULAR

Salam sejahtera.


Pertama sekali, biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya ROZWAN. Saya telah lama berkecimpung didalam bidang reptilia selama 24 tahun. Memang saya meminati semua reptilia, terutama sekali ular dan buaya.


Saya mula berkecimpung didalam era haiwan ini apabila saya mula berkhidmat di ZOO NEGARA MALAYSIA, pada tahun 1986. Bekerja sebagai KEEPER ataupun gembala. Selepas 5 tahun bekerja saya telah dinaikkan sebagai SENIOR KEEPER dan sepuluh tahun kemudian dilantik menjadi SUPERVISOR.

Di ZOO saya telah belajar daripada Supervisor yang berpengalaman, Keeper berpengalaman dan juga Veterinar yang bagus. Dari situ yang membuat saya berminat dan ingin belajar perihal haiwan yang telah mula terancam . Saya juga dipanggil oleh individu tertentu bertanyakan hal haiwan. Dan memberi penjelasan kepada pihak Bomba, Mas Cargo, MAZPA(Malaysian of Association Zoological , Parks and Aquqrium) committee, Zoo Taiping, Zoo Melaka, dan berinteraksi haiwan dengan Dr Brady Barr

No comments:

Post a Comment